Mengenai perpustakaan



LATARBELAKANG
Unit Pusat Sumber Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan selaras dengan penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 27 Mac 2004. Unit ini bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan maklumat dan bahan bacaan kepada warga kementerian secara khusus dan penjawat awam secara umumnya.


VISI PUSAT SUMBER
Melahirkan Warga KPT yang Berilmu.


MISI PUSAT SUMBER

Mengurus dan menyediakan koleksi dan perkhidmatan maklumat terbaik kepada warga Kementerian dan Memupuk budaya ilmu dikalangan warga kementerian.

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

Memperkasakan koleksi Pusat Sumber yang berkualiti kelas pertama di dalam bidang pengajian tinggi bertaraf dunia.
Memantapkan perkhidmatan Pusat Sumber kepada pengguna di dalam memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional dan menjamin pelanggan menerima layanan mesra dan terbaik yang merangkumi aspek-aspek berikut 
• Memastikan buku-buku baru sedia dipinjam dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh buku-buku tersebut diterima daripada pembekal
• Mengkatalog serta mengkelas lima(5) bahan-bahan bacaan dalam tempoh satu(1) hari bekerja
• Memastikan isi kandungan Laman Web Pusat Sumber dikemaskini pada setiap hari Isnin (bekerja) minggu pertama pada setiap bulan 
• Melaksanakan proses permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) bahan-bahan bacaan dalam tempoh tiga 
(3) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang permohonan tersebut dan bahan dibekalkan dalam tempoh 1 bulan
• Memastikan penyusunan dan pengemaskinian buku-buku di rak dilakukan setiap pagi hari bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan.